Sweet Followers

March 7, 2019

Food Hunting (Kota Bharu...)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Hye

Long time no see everyone. Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang hobi terbaru aku. Sekarang nih aku suka sangat buat food hunting dengan keluarga dan kawan-kawan aku. Kebetulan aku memang jenis suka makan, jadi hobi nih antara top favorite aku lah buat masa ini.


Ni antara kedai yang aku cadangkan dekat korang yang wajib singgah iaitu Warung Pak Mat. Kedai ni tak silap aku terletak di kampung Kedai Buloh dekat dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB). Warung Pak Mat ni pada aku adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan jugak lah di Kelantan.

Yang istimewa dekat sini tak lain dan tak bukan ialah teh tarik madu dia. Teh tarik dia berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia guna tepung susu yang dicampur sedikit madu sampai menghasilkan buih. Segelas memang tak cukup. hahaha :) Selain tu dekat warung ni juga ada resipi turun temurun yang boleh dikatakan menjadi tarikan jugak lah iaitu sup kepala ikan. 

v
v
v
v
 read more 

February 19, 2018

SAMBAL BELIMBING BULUH MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum. Hye.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur kerana produk kedua keluaran Dapur Che Yah mendapat sambutan yang sangat baik seperti produk keluaran pertama Dapur Che Yah iaitu Sambal Berapi.

Untuk produk kedua Dapur Che Yah iaitu Sambal Istimewa Belimbing Buluh, setakat ini telah berjaya dijual sebanyak 300 bekas dalam masa 6 bulan.

Walaupun kuantitinya nampak sedikit. Tapi ia sangat bermakna buat kami sekelurga.



Antara gambar sebagai bukti bahawa Sambal Istimewa Belimbing Buluh by Dapur Che Yah mendapat sambutan yang sangat baik.


Pada yang berminat untuk mencuba, boleh lah hubungi nombor dibawah segera ya. Barang laku keras, stok tak sempat simpan. Siap je terus licin orang booking! hahahaha


0111-0898432 (Kak Yah)...


Terima kasih, Tata.