Sweet Followers

March 23, 2019

KOPI MESIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Hye

Kali ni aku nak cerita sikit tentang satu kedai yang boleh dikategorikan 'hipster' kat Kota Bharu nih. Kedai ni nama dia Kopi Mesin dan ia terletak di Lundang, Kota Bharu. Berhadapan dengan Billion je kedai ni. Setiap hari mesti ramai orang pergi, parking memang penuh kawasan nih. Lagi-lagi bila sebelah malam memang meriah habis la kedai nih.

Elia (Ipin), Iklil, Kak Zana, Idayu, Aku (hihi), Aina (Upin), Yaya

Minggu lepas aku dengan member ada pergi kedai ni, tapi kitorang pergi waktu petang dalam pukul 3 petang macam tu. Masa ni memang tak ramai orang lagi, adalah tiga empat orang je. Tapi cuaca kat Kelantan sekarang agak panas jadi kitorang tak duduk lama pun, sebab panas walaupun dalam tu dah ada kipas semua hahaha :)) tengok gambar pun dah silau mata.

v
v
v
v
v

read more




Ok now, back to the foods. Yang ni nama dia Carbonara Fettucinne. Memang sedap gila spaghetti dia nih. Memang rasa sangat creamy dia tu. Tak kedekut ayam, ayam pun banyak jee satu plate nih. Potion dia banyak sampaikan kitorang 7 orang semua dapat rasa spaghetti ni. Bayangkan la banyak mana kan. hahaha. Harga pun affordable, sesuai la dengan kuantiti dan kualiti makanan nih. 



Tauhu Begedil. Besar gemuk gebu-gebu kan begedil dia ni. Isi dia pun banyak juga ni, makan sebijik je dah kenyang sebab isi kentang dia memang banyak tak tipu hahaha. Makan tu cicah pulak dengan sos dia tu memang termimpi la kau :)) Yang ni pun harga affordable jugak (kawan punya jadi tak tahu berapa harga dia) hahaha.



Chicken Chop dia ni pun antara makanan yang favorite aku jugak nih. Siapa je tak suka makan chicken chop kan? Semua orang suka. Benda sama aku nak cakap pasal kedai ni, potion makanan dia semua dalam kuantiti yang banyak. Chicken chop ni pun semua orang dapat rasa sikit sorang. Sedap gila, sos blackpepper dia tu memang pekat gila rasa dekat lidah. Ayam dia pun lembut je.



Jadi, kalau korang tanya aku adakah kedai ni berbaloi atau tidak. Semestinya aku akan jawab sangatlah berbaloi untuk korang pergi dan rasa sendiri makanan dia. Aku sendiri pun kalau ada freetime nak pergi repeat lagi makan sini.

Tempat selesa, makanan semua sedap, harga pun affordable (untuk student pon). Jadi wajib untuk aku repeat lagi nanti. Btw diorang bukan sahaja jual makanan ye, ada jugak minuman. Kalau tak ada jual minuman, tak ada lah nama kedai dia tu Kopi Mesin kan? hahaha.

Menu minuman juga tak kalah okay, semua minuman dia sedap-sedap. Aku tak sempat nak amik gambar je, InsyaAllah next time aku amik gambar okay. Banyak menu minuman dia, jenis kopi-kopi lepas tu ada blend semua tu yang ada cream caramel tu semua ada. Memang macam Starbuck jenis minuman dia tu. Sedap dan affordable okay :P

v
v
v
v
v




Jumpa di next entry ya! Tata..






No comments: