Sweet Followers

March 7, 2019

Food Hunting (Kota Bharu...)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Hye

Long time no see everyone. Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang hobi terbaru aku. Sekarang nih aku suka sangat buat food hunting dengan keluarga dan kawan-kawan aku. Kebetulan aku memang jenis suka makan, jadi hobi nih antara top favorite aku lah buat masa ini.


Ni antara kedai yang aku cadangkan dekat korang yang wajib singgah iaitu Warung Pak Mat. Kedai ni tak silap aku terletak di kampung Kedai Buloh dekat dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB). Warung Pak Mat ni pada aku adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan jugak lah di Kelantan.

Yang istimewa dekat sini tak lain dan tak bukan ialah teh tarik madu dia. Teh tarik dia berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia guna tepung susu yang dicampur sedikit madu sampai menghasilkan buih. Segelas memang tak cukup. hahaha :) Selain tu dekat warung ni juga ada resipi turun temurun yang boleh dikatakan menjadi tarikan jugak lah iaitu sup kepala ikan. 

v
v
v
v
 read more 


Ada juga kadang-kadang mulut aku rasa nak makan makanan Western. Antara banyak-banyak kedai dekat Kota Bharu nih, pada pendapat aku kedai Steak With Me yang berlokasi di Batu 9, Kadok nih menjadi favorite place aku kalau melibatkan Western food dia. Dia punya chicken chop bukan goreng tapi dia grill dan memang sedap. Selain chicken chop, masakan Western lain pun banyak. Harga pun affordable. Memang recommended !




Aku ada banyak lagi sebenarnya kedai yang aku nak cadangkan kat korang. Tapi kalau nak kongsi dalam satu entry memang panjang la jawab dia. Jadi aku decide aku bahagi-bahagi kan ye. Di entry yang lain aku cadangkan beberapa kedai makan yang lain pulak.

Ni ada beberapa gambar makanan dari feeds instagram aku. Semua nih aku amik gambar sendiri, tak ada amik dalam google ke curi dekat mana-mana okay. Sebab aku pergi sendiri kedai tu. Kalau sedap aku cakap sedap, kalau sebaliknya aku diam je la. hahahaha. Boleh follow instagram aku kalau nak tengok tempat-tempat makan menarik yang ada di Kota Bharu, Kelantan nih ye.

[LINK]


Jumpa di next entry ya! Tata..




With Love,
~ Mira Aziz ~

No comments: