بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum. Hye
Long time no see everyone. Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang hobi terbaru aku. Sekarang nih aku suka sangat buat food hunting dengan keluarga dan kawan-kawan aku. Kebetulan aku memang jenis suka makan, jadi hobi nih antara top favorite aku lah buat masa ini.
Ni antara kedai yang aku cadangkan dekat korang yang wajib singgah iaitu Warung Pak Mat. Kedai ni tak silap aku terletak di kampung Kedai Buloh dekat dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB). Warung Pak Mat ni pada aku adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan jugak lah di Kelantan.
Yang istimewa dekat sini tak lain dan tak bukan ialah teh tarik madu dia. Teh tarik dia berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia guna tepung susu yang dicampur sedikit madu sampai menghasilkan buih. Segelas memang tak cukup. hahaha :) Selain tu dekat warung ni juga ada resipi turun temurun yang boleh dikatakan menjadi tarikan jugak lah iaitu sup kepala ikan.
v
v
v
v
read more

