Sweet Followers

March 23, 2019

KOPI MESIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Hye

Kali ni aku nak cerita sikit tentang satu kedai yang boleh dikategorikan 'hipster' kat Kota Bharu nih. Kedai ni nama dia Kopi Mesin dan ia terletak di Lundang, Kota Bharu. Berhadapan dengan Billion je kedai ni. Setiap hari mesti ramai orang pergi, parking memang penuh kawasan nih. Lagi-lagi bila sebelah malam memang meriah habis la kedai nih.

Elia (Ipin), Iklil, Kak Zana, Idayu, Aku (hihi), Aina (Upin), Yaya

Minggu lepas aku dengan member ada pergi kedai ni, tapi kitorang pergi waktu petang dalam pukul 3 petang macam tu. Masa ni memang tak ramai orang lagi, adalah tiga empat orang je. Tapi cuaca kat Kelantan sekarang agak panas jadi kitorang tak duduk lama pun, sebab panas walaupun dalam tu dah ada kipas semua hahaha :)) tengok gambar pun dah silau mata.

v
v
v
v
v

read more

March 7, 2019

Food Hunting (Kota Bharu...)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Hye

Long time no see everyone. Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang hobi terbaru aku. Sekarang nih aku suka sangat buat food hunting dengan keluarga dan kawan-kawan aku. Kebetulan aku memang jenis suka makan, jadi hobi nih antara top favorite aku lah buat masa ini.


Ni antara kedai yang aku cadangkan dekat korang yang wajib singgah iaitu Warung Pak Mat. Kedai ni tak silap aku terletak di kampung Kedai Buloh dekat dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB). Warung Pak Mat ni pada aku adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan jugak lah di Kelantan.

Yang istimewa dekat sini tak lain dan tak bukan ialah teh tarik madu dia. Teh tarik dia berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia guna tepung susu yang dicampur sedikit madu sampai menghasilkan buih. Segelas memang tak cukup. hahaha :) Selain tu dekat warung ni juga ada resipi turun temurun yang boleh dikatakan menjadi tarikan jugak lah iaitu sup kepala ikan. 

v
v
v
v
 read more